Posts

Showing posts from 2018

Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21

Image
Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21 Pembelajaran abad ke 21 ialah kaedah pembelajaran yang digunakan oleh    guru   di dalam PdP berpusatkan murid serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid. Pembelajaran ini juga bertunjuangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan di Malaysia.  Pembelajaran abad ke 21 juga merupakan satu bentuk pembelajaran yang memerlukan isi kandungan sambil menghasilkan, mensintesis (penyatuan atau pengabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai matapelajaran dan sumber-sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Sejajar dengan peredaran masa, kaedah pembelajaran ini juga menggunakan teknologi ICT dalam menjalankan proses PdP kerana kecanggihan teknologi kini memudahkan informasi diberi kepada pelajar. P enggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan int...

Tajuk 13 : Pengurusan Alam Pembelajaran

Image
Tajuk 13 :  Pengurusan Alam Pembelajaran Pengenalan DEFINISI PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar para pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurusan alam pembelajaran juga penting supaya sesi pembelajaran dalam kelas dapat berjalan dengan lancar dan tidak timbul masalah terlebih atau terkurang semasa mengajar. Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebag...

Tajuk 12 : Sekolah dan Persekitaran

Image
Tajuk 12 :  Sekolah dan Persekitaran  Sekolah merupakan satu institusi untuk menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Sekolah juga berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat social bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk mencapai objektif tersebut, sekolah juga memerlukan bantuan daripada persekitarannya supaya objektif dan matlamat sekolah   dapat dicapai dengan jayanya. Persekitaran sekolah juga merupakan perkaitan antara pendidikan dan globalisasi. Hal ini kerana, sekolah pada masa ini telah menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sekolah pada abad ke-21 kini telah diletakkan ‘smart TV’ di dalam kelas bagi tujuan pengajaran yang lebih baik. Dengan cara ini, pelajar juga akan didedahkan dengan ilmu yang berkonsepkan pendidikan globalisasi secara m...

Tajuk 11 : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Image
Tajuk 11 : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Pengurusan murid pelbagai upaya ini sangat penting di dalam sesebuah sekolah kerana ia merupakan salah satu unit pengurusan pembelajaran. Pengurusan murid ini penting kerana ia membantu sekolah dalam menguruskan setiap murid tidak kira murid tersebut   dalam pendidikan khas ataupun tidak. Sebagai contoh kaedah pengurusan murid yang dijalankan di sekolah bagi pelajar yang    lemah dalam menguasai 3M iaitu mengira, membaca dan menulis seperti menyediakan kelas pemulihan, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Keberkesanan   menggunakan kaedah sebegini mungkin tidak menyeluruh tetapi sedikit sebanyak membantu pelajar yang lemah ini dalam pelajaran mereka. Antara kaedah lain yang digunakan di sekolah untuk menguruskan pelajar seperti melalui pengurusan rekod dan motivasi murid. Melalui pengurusan rekod, pihak sekolah dapat menilai kehadiran, disiplin, penilaian dan kokurikulum setiap murid. Dari...

Tajuk 10 : Pengurusan Pelbagai Budaya

Image
Tajuk 10 : Pengurusan Pelbagai Budaya P engurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberi implikasi kepada semua warga di dalam sekolah, termasuklah pendidik dan anak didik. Di dalam sesebuah sekolah akan wujud pelbagai budaya yang dipraktikan oleh pelajar yang mampu mempengaruhi suasana pembelajaran mereka. Budaya merupakan sesuatu yang dikongsi oleh sekumpulan masyarakat. Sesuatu budaya dipelajari melalui proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, sekolah juga merupakan sebuah tempat khas untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, iaitu sesiapa yang belajar di situ serta menerima ilmu pengetahuan dari tempat tersebut. Terdapat beberapa aspek yang perlu ada dalam pengurusan pelbagai budaya. Antara aspek yang perlu ada adalah belajar secara berkumpulan. Hasil dari pemerhatian di dalam ...

Tajuk 9 : Pengurusan Penasihatan Murid

Image
Tajuk 9 : Pengurusan Penasihatan Murid Penasihatan merupakan nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Seterusnya, Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Terdapat tiga komponen utama dalam penasihatan murid iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan ialah perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka . Penasihatan ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. MeNtoring pula ialah perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan indivi...

Tajuk 8 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin

Image
Tajuk 8 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan murid kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif juga dimaksudkan dengan tingkah laku bermasalah. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu dan merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat . Disiplin ialah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada pelajar bagi mengawal tingkah laku agar tingkah laku yang diinginkan dapat dicapai. Pengurusan tingkah laku membawa makna satu rancangan dalam mo...

Tajuk 7 : Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran

Image
Tajuk 7 : Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran  Strategi pengurusan bilik pembelajaran pula merupakan satu proses atau kaedah yang memerlukan guru dan pelajar bekerjasama mengurus bilik pembelajaran dan bilik pembelajaran agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan serta memastikan keadaan- keadaan bilik pembelajaran dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Strategi pengurusan bilik pembelajaran terbahagi kepada 3 unsur penting iaitu unsur fizikal bilik pembelajaran, interaksi dalam bilik pembelajaran dan mengurus iklim pembelajaran yang positif.             Dalam unsur fizikal bilik pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu cara penyusunan bilik pembelajaran yang meliputi susunan meja, kerusi dan guru, pengurusan rutin bilik pembelajaran dan penyimpanan rekod. Dalam peyusunan bilik pembelajaran ialah berasaskan pembelajaran abad ke 21( PAK-21). Sebagai   contohnya,...

Tajuk 6: Pengurusan Sumber

Image
Tajuk 6: Pengurusan Sumber Pengurusan ialah satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan   dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurusan sumber pembelajaran bukan sahaja dapat merancangan dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini selaras dengan keperluan kukurikulum serta memenuhi keperluan warga sekolah malahan ia juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunanaan individu atau kumpulan. Di samping itu, pengurusan sumber pembelajaran dapat memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat. Selain itu, pengurusan sumber pembelajaran menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi dan juga dapat menyalin perkongsian pintar dan rangkaian strategi dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kuali...