Tajuk 6: Pengurusan Sumber
Tajuk 6: Pengurusan Sumber
Peta Minda
Rujukan
Pengurusan ialah satu proses perancangan,
penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara
cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurusan sumber
pembelajaran bukan sahaja dapat merancangan dan mengurus perolehan bagi membina
koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini selaras dengan keperluan
kukurikulum serta memenuhi keperluan warga sekolah malahan ia juga menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunanaan individu atau
kumpulan. Di samping itu, pengurusan sumber pembelajaran dapat memberi panduan
dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan
penggunaan maklumat. Selain itu, pengurusan sumber pembelajaran menyediakan
kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi
dan juga dapat menyalin perkongsian pintar dan rangkaian strategi dengan
pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Dalam
pengurusan sumber pembelajaran juga terdapat 3 elemen yang penting, iaitu
ruang, teknologi dan kandungan. Pengurusan sumber pembelajaran perlu
menyediakan infrastrutur seperti pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi
serta meyediakan suasana pembelajaran yang selesa berteraskan resourse-based
learning. Manakala dengan adanya teknologi dengan gabungan capaian internet
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran peribadi dan menggalakkan murid
bermain, meneroka dan menyelidik secara lebih mendalam. Untuk kandungan,
disebabkan pengurusan sumber sekolah abad ke-21 mengutamakan pembelajaran
berpusatkan murid. Oleh itu, koleksi bahan yang bersesuaian perlu disediakan
mengikut keperluan kurikulum.
Untuk
guru pengurusan sumber terbahagi kepada 4 iaitu pengurusan dan pentadbiran, organisasi
bahan, galakan membaca dan literasi maklumat. Dengan adanya pengurusan sumber
pembelajaran, ia akan memudahcara
perancangan dan pembelajaran(P&P) dan dapat menyedia dan mempromosi bahan
bacaan berkualiti supaya murid kekal dan seronok membaca. Bukan ini sahaja, ia
juga dapat menampung perbezaan dalam gaya P&P melalui penyediaan dan
kesaksamaan akses kepada pelbagai bahan, sama ada cetak, bukan cetak dan
digital. Di samping itu , pengurusan sumber sekolah juga menyediakan guru yang
mempunyai akses kepada maklumat kukurikulum dan bahan-bahan dan di luar
sekolah. Dengan ini, pengurusan sumber sekolah dapat peluang untuk bekerjasama
meracang dan menilai program pembelajaran yang mengintegrasikan sumber.
Kesimpulannya,
pengurusan sumber bukan sahaja menyediakan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran yang bermutu kepada guru dan murid-murid di sekolah. Manakala
pengurusan sumber memperbanyakkan bahan-bahan ilmiah di dalam pusat sumber agar
murid-murid mendapat info yang terbaru dan terkini. Selain itu, ia juga
memantapkan lagi sistem pengurusan pusat sumber agai lebih sistematik dan
tersusun.
Boon,
Y., & Selemin, R. (2010). Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam
Pengajaran Guru Di Dua
Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai.
Shamila
Mohamed Shuhidan, Shahrom TM Sulaiman, Ahmad Nadzri Mohamad,
Tengku
Adil Tengku Izhar, & Siti Arpah Noordin. (2017). Pusat sumber
maklumat
dalam era digital. Shah Alam: Im Books Everthing.
Tengku
Adil Tengku Izhar, Shahrom TM Sulaiman, Ahmad Nadzri Mohamad, Siti
Arpah
Noordin, & Shamila Mohamed Shuhidan. (2017). Transformasi Pusat
Sumber
sekolah pada alaf baru. Shah Alam: Im Books Everthing.
Comments
Post a Comment