Tajuk 13 : Pengurusan Alam Pembelajaran
Tajuk 13 : Pengurusan Alam Pembelajaran
Peta Minda
Rujukan
Pengenalan
DEFINISI
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat
kumpulan. Alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang
dapat merangsang minat belajar para pelajar dalam mencapai matlamat perubahan
tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurusan
alam pembelajaran juga penting supaya sesi pembelajaran dalam kelas dapat
berjalan dengan lancar dan tidak timbul masalah terlebih atau terkurang semasa
mengajar.
Di dalam bilik darjah, selain mengajar,
guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus
ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan
tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.
Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi
yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif
dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
ASAS
KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU UNTUK MENGURUSKAN PEMBELAJARAN DI
DALAM BILIK DARJAH
1. Pengetahuan guru mengenai nama dan latar
belakang pelajar - ditegaskan oleh Bartlett (2004), beliau menyatakan seorang
guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya.
Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap
kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih
rapat dan mesra dengan guru. Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih
teknik yang paling sesuai untuk mendidik dan seterusnya mendorong mereka untuk
terus berusaha ke arah peningkatan kecemerlangan akademik serta sahsiah diri
mereka.
2. Prosedur menetapkan peraturan di
bilik darjah - Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti
peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru mengambil
kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur menjawab
pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan.
.
3. Perancangan yang rapi berkaitan
dengan susun atur di bilik darjah - Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru
menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang
dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih
mengekalkan budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini. Ruang
ini bolehlah dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar pelajar merasa
selesa dan tenang.
CARA SESEORANG GURU MEMBENTUK SUASANA YANG KONDUSIF
DALAM MENGENDALIKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMUNIKASI
• mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran- kemahiran tertentu dapat diterap
dengan lebih mudah dan berkesan.
• Dapat menghasilkan motivasi yang
berkesan.
• Murid mudah menerima motivasi yang
disampaikan secara berhemah dan berhikmah.
• Dapat menanam nilai-nilai murni dalam
diri pelajar dengan lebih mudah dan berkesan
KEPENTINGAN
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan
alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar,
memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak
membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran
tersebut.
ELEMEN-ELEMEN
PENTING YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM MEMASUKI KELAS
• Kebijaksanaan dan penelitian dalam
perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.
• Merancang kurikulum, sukatan, huraian
sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber termasuk laman web.
Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan alam
pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh para guru supaya minat para
pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan
berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON
BANDAR DAERAH KOTA TINGGI. (2018). [Ebook]. Retrieved from
Noormala, Ali, Mohamed Sharif
Mustafa. dan Roslee Ahmad. (t.t.). Pendekatan
temubual
sebagai metod kajian kes. suatu persepsi di kalangan pelajar perempuan
cemerlang
terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. hlm.1-12. Diperoleh
daripada
Topik 2 Kajian Pengurusan Dan Pembelajaran
Pelajar. (2018). Retrieved from
Comments
Post a Comment