Tajuk 10 : Pengurusan Pelbagai Budaya
Tajuk 10 : Pengurusan Pelbagai Budaya
Peta Minda
Rujukan
Pengurusan pelbagai
budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang
terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah
penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu
memberi implikasi kepada semua warga di dalam sekolah, termasuklah pendidik dan
anak didik. Di dalam sesebuah sekolah akan wujud pelbagai budaya yang
dipraktikan oleh pelajar yang mampu mempengaruhi suasana pembelajaran mereka.
Budaya merupakan sesuatu yang dikongsi oleh sekumpulan masyarakat. Sesuatu
budaya dipelajari melalui proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, sekolah juga
merupakan sebuah tempat khas untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, iaitu
sesiapa yang belajar di situ serta menerima ilmu pengetahuan dari tempat
tersebut.
Terdapat
beberapa aspek yang perlu ada dalam pengurusan pelbagai budaya. Antara aspek
yang perlu ada adalah belajar secara berkumpulan. Hasil dari pemerhatian di
dalam kelas 2 Inovatif, budaya belajar secara berkumpulan yang ditunjukkan oleh
para pelajar. Pemilihan ahli kumpulan terdiri daripada kaum Melayu dan India
mengikut jantina yang sama dan ditentukan oleh guru. Pelajar kurang memberi perhatian
semasa set induksi terutamanya kepada kumpulan pelajar lelaki. Perbincangan dalam
kumpulan lebih terserlah dalam kalangan pelajar perempuan, ini kerana pelajar perempuan
lebih memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di hadapan kelas.
Aspek
kedua adalah budaya berinteraksi sesama kaum. Budaya berinteraksi antara
pelajar menunjukkan mereka berkomunikasi sesama kaum mereka sendiri dengan
menggunakan loghat atau bahasa ibunda masing-masing. Pelajar kaum India masih
menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam kelas apabila berinteraksi dengan
rakan-rakan sesama kaum. Majoriti pelajar lebih selesa bergaul dengan rakan daripada
kaum yang sama dan semua bentuk interaksi seperti pengalaman peribadi, perbincangan
agama, budaya dan hobi serta perkongsian rahsia lebih menjurus kepada rakan
daripada kaum yang sama. Oleh itu, budaya berinteraksi antara pelajar perlu
diwujudkan bagi mengelakkan wujudnya jurang sosial yang tinggi dalam kalangan
pelajar.
Aspek
yang ketiga adalah budaya tolong-menolong. Definisi tolong menolong adalah
sikap saling membantu untuk meringankan beban orang lain dengan melakukan sesuatu.
Bantuan yang dimaksudkan itu berbentuk bantuan dari segi tenaga, waktu, ataupun
dana. Dari apa yang diperhatikan, budaya tolong- menolong ditunjukkan oleh
pelajar perempuan kaum India tingkatan Dua Inovatif apabila pelajar tersebut
membersihkan papan putih dan melakukan kerja secara sukarela sebelum
pembelajaran di dalam kelas bermula.
Aspek
yang keempat pula adalah budaya tingkah laku pelajar. Budaya ini dapat dilihat
apabila pelajar Islam membaca doa sebelum belajar manakala pelajar kaum
India menghormati keadaan tersebut. boleh mengikut arahan guru dengan betul.
Kebiasaan pelajar-pelajar bukan Islam akan bertafakur dan membaca doa mereka di
dalam hati. Hal ini dapat memupuk nilai bertoleransi dan hormat menghormati
dalam diri setiap pelajar walaupun berbeza kepercayaan dan pandangan
dalam agama masing-masing.
Tambahan pula, suasana harmoni dan
aman dapat diwujudkan di dalam kelas tanpa ada sifat bias dalam agama.
Aspek
yang kelima pula adalah budaya bertanya di dalam kelas. budaya bertanya di
dalam kelas ini ditunjukkan semasa perbincangan dalam kumpulan lebih terserlah
dalam kalangan pelajar perempuan. Hal ini dapat dilihat melalui pemantauan setiap
kumpulan, pelajar perempuan lebih berfokus dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan
kerja manakala pelajar lelaki pula lebih berkonsepkan santai dalam menyiapkan
kerja. Tambahan pula, pelajar perempuan lebih cenderung untuk bertanya sesuatu
ketidakpastian berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki hanya bertanya
sekiranya guru itu datang memantau kumpulan mereka. Setiap individu mempunyai
cara belajarnya tersendiri tapi dari segi perspektif jantina, trait personaliti
dalam belajar hampir sama bagi lelaki dan perempuan.
Aspek
yang terakhir dalam pengurusan pelbagai
budaya pula adalah budaya membaca. Guru menerapkan budaya membaca di dalam
kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran ini berlaku. Guru
meminta beberapa pelajar untuk membaca ringkasan
mengenai ‘Jata Negara’ dan meminta
para pelajar yang lain untuk mendengar dan
menyemak bacaannya. Tujuan budaya
membaca digalakkan di dalam kelas ini bukan sahaja untuk meningkatkan literasi
tetapi untuk mendapatkan pemahaman dari apa yang telah dibaca sebelum guru
menerangkannya. Selain itu, budaya membaca ini juga membantu pelajar untuk
aktif mencari isi dan maklumat-maklumat yang penting untuk membuat ringkasan.
Kesimpulannya,
budaya dalam konteks pendidikan semasa,budaya di sekolah
merupakan sebahagian daripada
budaya masyarakat. Pelajar akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang
dipelajari . Sebagai pendidik,adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan
pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut
acuan Malaysia. Hal ini penting agar pelajar yang keluar dari alam persekolahan
itu nanti mempunyai budaya yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bahkan, dalam kepelbagaian budaya ia
merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar
dari masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Strategi ini juga
seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya yang ada di
negara ini supaya matlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar
tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam masyarakatnya
serta terdapat pula persamaan-persamaan dalam budaya berbagai dapat dicapai.
Oleh itu budaya sekolah yang positif perlu dititikberatkan untuk menjamin kelancaran
dan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Rujukan
Colin Gallagher
(2015). Minecraft in the classroom. Peachpit Press. 58-59
Ab. Halim Tamuri
& Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam
: Cabaran dan Harapan. Seminar Pedagogi
Antarabangsa ke(PEDA8). Abstrak diperoleh daripada: https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dal
am_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Comments
Post a Comment