Tajuk 9 : Pengurusan Penasihatan Murid
Tajuk 9 : Pengurusan Penasihatan Murid
Peta Minda
Rujukan
Penasihatan merupakan
nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan
perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah
untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah
yang dihadapi. Seterusnya, Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses
menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi
maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang
menerimanya.
Terdapat tiga komponen utama dalam
penasihatan murid iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan ialah perancangan
aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai
kejayaan dalam pendidikan mereka.
Penasihatan ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan,
mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. MeNtoring
pula ialah perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau
sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme
mantee.
Kewujudan pengurusan
penasihatan murid memberi pelbagai impak terhadap pelajar dan juga sekolah.
Penasihatan murid juga membantu guru untuk melakukan pengawasan tingkah laku
murid. Pengawasan ini dapat membantu guru untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid supaya penyelesaian dapat dilakukan bersama. Selain itu,
penasihatan murid ini juga berperanan sebagai pemangkin kepada kecemerlangan
akademik dan seterusnya mampu melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang
cemerlang, bukan sahaja dalam bidang intelektual malah daripada sudut rohani
dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan murid yang seimbang. Penasihatan murid juga dapat menjamin suasana
sekolah yang aman dan harmoni.
Penasihatan murid
dilihat dapat memberikan pelbagai impak positif. Namum begitu, jika penasihatan
murid ini tidak dijalankan di sekolah, ianya akan mengundang kepada masalah
tingkah laku dalam kalangan pelajar. Jika masalah tingkah laku tidak dapat
dibendung, pencapaian akademik individu juga secara lansung atau tidak lansung
akan menurun. Di samping itu, tanpa pengurusan penasihatan murid yang efektif,
guru tidak mampu mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar. Oleh itu, pelajar
yang bermasalah akan kekal bermasalah dan kualiti sesebuah sekolah akan
merosot.
Guru antara orang yang
terdekat dengan murid. Ketika di sekolah, guru bertindak sebagai ibu bapa kedua
selepas ibu bapa kandung murid. Dalam usaha membantu murid-murid yang
bermasalah, guru hendaklah membentuk satu hubungan yang akrab dan mesra bersama
murid supaya murid kurang berasa malu untuk merujuk kepada guru jika mempunyai
sebarang masalah. Selain itu, seorang guru hendaklah membantu murid untuk meningkatkan
keyakinan mereka dengan cara tidak merendah-rendahkan atau bertindak memalukan
murid di hadapan murid lain. Namun begitu, seorang guru juga hendaklah
memberikan tumpuan juga terhadap pelajar yang tidak bermasalah, bukan hanya
yang bermasalah sahaja.
Secara
amnya, bimbingan dan penasihatan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
manakala kaunseling dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang
kaunseling. Hal ini kerana, kaunselor yang bertauliah lebih arif untuk
mengendalikan dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kerana mereka
lebih terlatih. Kaunselor juga berupaya untuk merancang segala tindakan susulan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Rujukan
Puteri Hayati Megat Ahmad. (2017). Kemahiran dan
pengurusan kes-kes kaunseling. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Safura Ahmad Sabri, Hazlin Falina Rosli, Nurzakira
Afnee Zakaria, Ahmad Fatin Mohamad Suhaimi & Mohammad Aizham Mohammad
Kassim. (2016, November). Peranan Program
Mentoring Dalam Pembentukan Sahsiah
Pelajar.
Proceeding of the 3rd International Conference on
Management & Muamalah 2016 (3rd ICoMM). Abstrak diperoleh daripada http://conference.kuis.edu.my/icomm/3rd/eproceedings/IC-035.pdf
Fauziah Hanim Jalal, Nurul
Ain Daud & Nazariah Abd Samad. (2015). Kesan Program Pembangunan
Sahsiah Terhadap Pembentukan Karakter Pelajar. Jurnal
Bitara Edisi Khas, 8(1), 2-18.
Diperoleh daripada http://www.myjurnal.my/public/article- view.php?id=95849
Comments
Post a Comment