Tajuk 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Tajuk
2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
PENGENALAN
Dalam pelaksana di peringkat sekolah
berkenaan aspek pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang utama
bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta boleh bersaing
dalam era globalisasi jika pengurusan bilik darjah dapat diurus dengan
cemerlang dan sistematik dengan kerjasama guru dan murid berkenaan.
Di sekolah bilik darjah
merupakan sebuah organisasi yang kecil. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang
baik dan sistematik akan dapat meningkatkan keupayaan murid untuk belajar dan
dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah. Dalam pada itu,
kebiasaannya pelajar-pelajar di sekolah yang mempunyai tingkah laku yang aktif
dan cepat bosan dengan persekitaran yang pasif dan statik. Hal ini, yang
menyebabkan pelajar- pelajar melakukan pelbagai masalah disiplin seperti
ponteng kelas, tidur, tidak menyiapkan kerja sekolah, bertindak ganas, tidak
menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang di ajar, suka membantah,
menunjuk-nunjuk dan melawan guru. Masalah- masalah disiplin yang timbul ini berpunca
daripada gaya pengajaran guru yang membosankan dari awal tahun hingga ke hujung
persekolahan.
Oleh itu, guru-guru
perlulah mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian
mereka di sekolah. Mereka perlu menjadi seorang yang pakar dalam subjek yang
diajar, dan juga mesti mempunyai kemahiran mengawal tingkah laku pelajar yang
disruptif di bilik darjah agar proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di bilik
darjah.
KONSEP
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Terdapat ramai pendidik atau guru yang
mengaitkan pengurusan bilik darjah dengan kaedah-kaedah untuk menangani masalah
disiplin di dalam bilik darjah. Ia juga sering dilihat sebagai sesuatu yang
guru perlu, lakukan sebelum pengajaran sebenar bermula. Aktiviti seterusnya
dalam pengajaran dan pembelajaran ditafsirkan sebagai sesuatu aspek yang
berasingan. Ia seolah-olah guru perlu melaksanakan pengurusan bilik darjah
terlebih dahulu dan selepas itu barulah memulakan pengajaran. Tetapi kini
pandangan seperti ini sudah mula berubah
dengan adanya kajian yang menunjukkan bahawa pengurusan bilik dan pengajaran
bukanlah dua aspek berasingan tetapi saling berkait rapat. Kajian juga
menunjukkan bahawa pengurusan yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Hal
ini sememangnya jelas kerana murid tidak boleh belajar dalam keadaan yang tidak
teratur. Pengurusan bilik darjah juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi
motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah.
Namun begitu,
bilik darjah adalah merupakan tempat
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan perkataan dinamik pula
membawa maksud bertenaga atau daya fizikal yang mampu menggerakkan sesuatu.
Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik
darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara formal dengan penuh
minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif. Perkataan pendidik adalah
dirujuk sebagai orang yang menjaga, memelihara, membimbing dan mengajar perkara
baik-baik. Dalam konteks bilik darjah, pendidik ialah guru yang mengajar di
dalam bilik darjah. Pengurusan pula ialah melibatkan penggubalan dan
perancangan, melaksanakan perancangan dan bekerjasama secara berkesan dengan
orang lain untuk melakukan perkara yang betul sehingga mencapai matlamat (PPK,
2001). Manakala, Menurut perspektif Islam pula, pengurusan ditakrifkan sebagai
satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi
pengurusan secara fitrah bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja
secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber organisasi yang cekap dalam
persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif
organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat.
Oleh itu, pengurusan
bilik darjah yang dinamik merupakan satu proses untuk melaksanakan perancangan
P & P yang aktif, memberangsangkan, menyeronokkan dan menarik minat pelajar
untuk belajar sehingga mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
DEFINISI
PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti atau
proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran
tertentu yang meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian. Namun begitu, proses pengajaran boleh
ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan muridnya. Pengajaran ini perlu dirancang oleh guru secara sistematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai
bagi, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif
untuk belajar demi memperoleh ilmu dan kemahiran.
Selain itu, pengajaran
juga merupakan aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan, dan
penilaian. Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada
pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah di kalangan
mereka. Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional.
Proses pengajaran pada abad ke 21 ini adalah lebih berpusatkan kepada murid
yang bersesuaian dengan era globalisasi yang menuntut perubahan dalam setiap
aspek termasuklah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, dalam perancangan
pengajaran, pendekatan, kaedah, teknik dan alat serta sumber yang digunakan
haruslah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar zaman sekarang bagi
memastikan objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang.
Hal Ini kerana, bagi
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara bertepatan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berbanding dengan
pengajaran tradisional, yang lebih berpusatkan pengajaran kepada guru. Pada masa ini guru banyak memberikan input
serta ilmu tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir dan melibatkan
secara aktif. Selain itu, komunikasi satu hala yang dilaksanakan oleh guru
tidak bersesuaian memandangkan pengetahuan serta pengalaman pelajar yang tidak
dapat dikembangkan dengan baik kerana pelajar tidak berpeluang untuk berfikir
secara kreatif. Pelajar merupakan pembina ilmu yang aktif. Oleh itu,
penglibatan pelajar di dalam satu-satu pengajaran adalah penting bagi membantu
penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar itu sendiri bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif.
DEFINISI
PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah merujuk kepada
perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku yang berpotensi dalam
sesuatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek
dalam situasi tersebut. Dari sudut
kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera.
Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan,
jangkaan dan matlamat. Proses
pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah
laku.
Contohnya, seseorang
murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan
berterusan. Penguasaan dan pemahaman
terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu
dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambar
rajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan
murid-murid menghubungkaitkan maklumat.
Pembelajaran biasanya
terjadi dalam situasi formal yang secara antara guru dan para pelajar dalam
usahanya menyampaikan ilmu berdasarkan kurikulum dan tujuan yang hendak
dicapai. Melalui pembelajaran, pelajar dapat melakukan proses belajar sesuai
dengan rancangan pengajaran yang telah ditetapkan. Seorang guru haruslah
mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran dan pembelajaran
sesuai dengan kebolehan pelajar. Maka konsep belajar dan pembelajaran merupakan
dua kegiatan yang berproses dalam suatu sistem.
Setelah guru selesai
menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memperuntukkan
masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah
penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan
strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber
pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi antara guru dan
pelajar.
Kesimpulannya, komitmen
guru yang tinggi dan ditambah pula dengan kemahiran perguruan akan mewujudkan
suasana pembelajaran yang sentiasa bersemangat. Penyelidikan yang dijalankan
pula akan menghasilkan idea-idea baru untuk menjadikan sesi pengajaran
pembelajaran lebih menarik minat pelajar.
PERANAN GURU SEBAGAI PENGURUS BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Seorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan
peralatan yang ada dalam bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar dalam bilik
darjah dan mengawalnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Ada guru yang menekankan disiplin dalam kelas dan ada yang
menekankan suasana bilik darjah yang kondusif bagi memastikan pelajar selesa
serta mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara guru dan juga pelajar. Oleh
yang demikian, terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh guru sebagai
pengurus bilik darjah iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal
1.
Guru
Sebagai Perancang.
Kejayaan guru sebagai tenaga pengajar
bergantung kepada perancangan mengajarnya. Sebelum memasuki bilik darjah,
sebagai seorang guru yang aktif perlulah menyediakan persiapan mengajar supaya
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar
Sebagai seorang guru, perlu merancang
pembelajarannya secara sistematik sebelum
memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru
perlu menimbangkan tentang objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan
pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Kemahiran merancang merupakan prasyarat
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi menjamin kejayaan
bagi proses tersebut.
Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan
pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran
sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif
pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu
perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran
yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid- murid
mencapai objektif pelajaran mereka.
Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan
pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai
membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik,
memastikan murid-murid mencapai objektif pelajaran yang dikehendaki. Aktiviti
merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan
pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya
bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
menarik , lebih bermakna dan lebih berkesan.
Contohnya, guru haruslah
menyelitkan unsure lelucon dalam pengajarannya. Teknik ini bagi memastikan para
pelajar tidak merasa bosan dengan pengajaran yang berterusan tanpa sebarang
aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan melibatkan pelajar
dalam forum sesama rakan sekelas dan juga mengadakan kuiz. Melalui cara ini,
guru bukan sahaja dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar tetapi dapat
meningkatkan daya faham mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Guru juga
dapat membuat refleksi terhadap pengajarannya sekali gus berpeluang
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan
dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi dan meja dalam bentuk yang sesuai
dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran. Nordin Tahir
(IPIP, 2014) menggariskan beberapa ciri kemahiran merancang seperti berikut :
i. Pengajaran efektif mempunyai objektif
pelajaran eksplisit yang di tentu
berdasarkan sukatan pelajaran serta
kebolehan murid-murid.
ii. Isi pelajaran dalam rancangan
mengajar disusun dari mudah ke kompleks, bermakna, relevan dan menarik.
iii. Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM).
iv. Utamakan pendekatan berpusatkan
murid.
v. Rancangan mengajar harus disusun
mengikut langkah yang lengkap.
vi. Strategi / kaedah mengajar harus
dapat meningkatkan keberkesanan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Perlakuan mengajar guru dalam segala
proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang
ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistematik, ia akan
melicinkan proses dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang positif bagi mencapai
objektif pelajaran yang diharapkan.
PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
1.
Mengelola
Dalam Bilik Darjah
Setiap guru mempunyai tanggungjawab
dalam menjalankan peranan sebagai pengurus dalam bilik darjah. Antara tugas
guru ialah mengelola. Seorang guru harus mengelola segala-galanya dalam kelas.
Antaranya ialah, guru harus mengurus rutin bilik darjah. Mengurus bilik darjah
ini merangkumi pelbagai aspek iaitu menyedia, mentafsir, dan menyimpan rekod
pelajar. Sebagai seorang guru kelas, guru harus mempunyai segala rekod mengenai
pelajar-pelajarnya seperti rekod kesihatan, rekod keputusan dan sebagainya.
Segala rekod ini pada masa ini disimpan dalam bentuk e-rekod iaitu dalam sistem
internet.
Selain itu, guru juga
harus mengambil kira kedatangan kelas dan juga memastikan pelajar yang tidak
hadir memberikan sebab mengapa tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Guru
juga harus menyimpan rekod peribadi murid iaitu kad001 dan juga kad002 dimana
kad ini merangkumi segala maklumat peribadi murid. Guru kelas juga harus
menyimpan rekod yuran kelas. Rekod yuran merangkumi yuran sekolah dan juga
yuran harian yang dibayar oleh murid untuk kegunaan kelas.
Guru juga harus
mengurus segala aktiviti murid. Guru harus memastikan aktiviti yang disediakan
untuk murid bersesuaian dengan mereka. Guru harus memastikan murid mendapat
kebenaran daripada ibu bapa untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di
sekolah. Guru juga harus memastikan segala aktiviti mengikut segala aspek
keselamatan untuk murid. Guru juga berperanan mengurus bahan-bahan pelajaran
mengikut sukatan pelajaran. Guru juga harus memastikan disiplin kelas sentiasa
dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, guru juga harus memastikan pelajar
tidak membawa barangan larangan ke sekolah seperti rokok dan telefon bimbit.
Guru juga berperanan
dalam mengurus keadaan fizikal dan kemudahan dalam kelas. Guru harus memastikan
kemudahan dalam kelas seperti kerusi dan meja. Kemudahan lain seperti papan
putih dan juga papan maklumat butiran juga harus lengkap di dalam kelas. Guru
harus memastikan tiada sebarang kerosakan dalam kelas untuk menjaga keselamatan
kelas.
2.
Mengawal
Bilik Darjah
Guru juga berperanan dalam mengawal
bilik darjah. Guru harus mengawal peraturan-peraturan bilik darjah. Contohnya
ialah guru mengawal pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam
kelas. Guru harus memastikan tiada sebarang perkara yang tidak bermoral berlaku
di dalam kelas. Guru juga harus mengawal segala aktiviti kumpulan. Aktiviti
kumpulan yang dijalankan haruslah dijalankan dalam kumpulan yang sesuai dengan
aktiviti yang dijalankan. Guru harus memastikan aktiviti kumpulan berjalan
dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Guru juga harus
mengawal masalah peribadi yang dialami oleh pelajar mereka. Guru harus memastikan
pelajar yang bermasalah tidak terbawa-bawa ke sekolah. Guru harus memastikan
tumpuan pelajarnya tidak terganggu semasa proses pembelajaran berlaku yang
disebabkan oleh masalah peribadi. Guru juga harus memastikan masalah disiplin
tidak timbul dalam kelas. Guru harus memastikan tiada masalah disiplin timbul
dalam kelas terutamanya dalam kalangan pelajar lelaki seperti masalah
pergaduhan dan juga masalah buli. Guru juga harus memastikan kes-kes disiplin
lain seperti kes mencabul berlaku dalam kelas.
Guru juga harus
memastikan pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan. Guru
harus memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa gangguan daripada
pelajar seperti pelajar bising dalam kelas. Guru harus memastikan kelas berada
dalam keadaan yang senyap supaya proses pembelajaran boleh berlaku dalam
keadaan yang senyap. Guru juga harus memastikan pelajar memberi tumpuan dalam
kelas dan tidak membuat apa-apa yang boleh menyebabkan proses pembelajaran
ganggu.
3.
Mengarah
Dalam Bilik Darjah
Guru harus menjalankan proses
pembelajaran yang sangat berkesan agar pelajar dapat menjawab soalan yang
ditanya oleh guru. Guru harus mengarah pelajar untuk menjawab soalan selepas
proses pembelajaran berlaku untuk memastikan pelajar faham apa yang diajar. Namun
guru tidak boleh marah dan memaki hamun pelajar yang tidak menjawab soalan yang
ditanya.
Guru juga harus
mengarah murid-murid membentuk kumpulan untuk membuat aktiviti berkumpulan.
Contoh bentuk kumpulan yang boleh dibentuk ialah melalui “round table” iaitu
salah satu cara aktiviti kumpulan yang sangat berkesan. Guru harus setiap
kumpulan mempunyai ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
jantina. Guru juga harus memastikan aktiviti kumpulan berjalan dengan lancer
dan tidak berlaku apa-apa masalah.
Guru juga mengarah
murid menguruskan tugasan harian dalam bilik darjah. Guru harus memastikan
segala tugasan harian dijalankan dengan baik dan teratur. Segala tugasan harian
harus dijalankan dengan mengikuti jadual bertugas. Guru harus memastikan setiap
tugas yang diberikan kepada pelajar diikuti oleh setiap pelajar dan juga
memastikan setiap pelajar bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing. Guru
juga harus memastikan pelajar-pelajar mematuhi disiplin bilik darjah yang
ditetapkan dalam kelas. Pelajar tidak dibenarkan merosakkan harta benda dalam
kelas. Guru harus memastikan pelajar tidak melanggar disiplin seperti menghisap
rokok dalam kelas dan juga melakukan aktiviti yang tidak bermoral dalam kelas.
PENGURUSAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat,
menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh
guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin
dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau
pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad,
komunikasi peribadi, 26 Disember 2012)
Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini penting kerana ia berperanan besar dalam memningkarkan
prestasi pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di peringkat pengurusan
dan pembelajaran. Selain itu, pengurusan dan pembelajaran juga berfungsi dalam
menentukan penyampaian ilmu iaitu berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan
Pelajaran Tahunan bagi sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi sistem KSSR (Md Din Hussein, komunikasi
peribadi, 7 Januari 2013). pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga
penting untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala, pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini juga dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran juga bertanggungjawab dalam menentukan objektif atau hasil
pembelajaran. Secara amnya, objeltif penagajaran dan pembelajaran boleh
dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran ini
perlulah merangkumi beberapa aspek yang merujuk kepada sesuatu kurikulum,
sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pembahagian objektif pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan domian
kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala jenis-jenis objektif
pula terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit dan objektif
ekspresif.
Dalam hal yang demikian, pengurusan
pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu melibatkan sumber pengajaran dan
pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan-bahan pelajaran yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pelajaran ini boleh
terdiri daripada buku teks, buku rujukan, surat khabar dan alat bantu mengajar
seperti kad gambar, model, specimen, carta, projector, benda-benda maujud,pita
rakaman, televisyen, computer dan sebagainya. ( Jaaafar Atan, komunikasi
peribadi, 2013). Persediaan segala alat bantu mengajar ini mestilah benar-benar
dapat menjelaskan butiran pengajaran dan pembelajaran. Semua alat tersebut
perlu disenaraikan bersama dengan bilangan dan kuantitinya. Ini penting bagi
guru untuk merancang aktiviti individu atau kumpulan yang memerlukan alatan
yang mencakupi. Oleh itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini adalah
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah berjalan dengan lancar tanpa secara gangguan.
RUMUSAN
Untuk Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana,
menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap
pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.
Seterusnya, ciri-ciri
seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan
peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai
dan juga penyabar menghadapi kerenah
murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.
Oleh yang demikian,
pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting
sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik
selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan
dunia.
Peta Minda
Rujukan
Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar: Bahasa Malaysia (Edisi kedua).(2016). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Farmer,
L. M. (2017). Kagen Learning Structures And Student Achievement. Kagan
Cooperative Learning Structures And The Effects Of Student Achievement And
Engangement
Mohd
Jamil, M. Said, S. &K Azeez, M. (2017). KOMPETENSI GURU TERHADAP
PENGURUSAN
PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SUATU PENDEKATAN
TEKNIK FUZZY DELPHI. Jupidi:
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(3), 77-88. Diperoleh
dari
https://ajap.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8303
Mohd
Noor Jabar(2014). Pengurusan dari perspektif Islam. 29 Oktober 2018. Diperoleh
dari
klikweb.dbp.my
Kamarul
Shukri Mat Teh. (2015). Reka Bentuk Kajian. [Slaid Pembentangan]. Diperolehi
daripada
https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/reka-bentuk-kajian-dr-kamarul.
Muhamad
Suhaimi Taat et al. (2012). Pengajaran dan penyampaian yang berkesan. Diperoleh
daripada http://eprints.ums.edu.my/5547/1/nc0000002412.pdf
Campbell,
L., Campbell, B., & Dickinson, D. (2016). Teaching & learning through
multiple
intelligences. Needham Heights, Mass.: Allyn & Bacon.
Comments
Post a Comment