Tajuk 8 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin
Tajuk 8 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin
Peta Minda
Rujukan
Muhammad Faizal A. Ghani. Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu &
Kenayatullah. (2017). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan
luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1), 7-
24. Diperoleh daripada http://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282
Tingkah laku merupakan semua tindakan
manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku positif
merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan murid kerana dengan adanya
tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku negatif juga dimaksudkan dengan tingkah laku bermasalah. Tingkah
laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu dan merosakan kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah
Disiplin dapat
ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat. Disiplin ialah satu set peraturan yang telah
ditetapkan kepada pelajar bagi mengawal tingkah laku agar tingkah laku yang
diinginkan dapat dicapai. Pengurusan tingkah laku membawa makna satu rancangan
dalam modifikasi tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah
ditetapkan menggunapakai teknik yang seusia. Guru memainkan peranan penting
dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin. Seorang guru hendaklah memberikan
kerjasama sepenuhnya secara jitu dan padu kepada pengetua supaya masalah salah
laku dan disiplin dapat dikawal dan dibanteras. Konteks memberikan kerjasama
yang jitu dan padu ini termasuklah mengawal bilik darjah serta mengawasi
disiplin murid-murid di sekitar sekolah dan juga ketika kegiatan-kegiatan rasmi
yang berlansung sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
Dalam
menguruskan tingkah laku dan disiplin, terdapat beberapa teknik modifikasi
tingkah laku yang boleh digunakan dan dilaksanakan. Antaranya ialah peneguhan,
dendaan, ‘times out’, ‘reverse psychology’, ‘shaping’, token ekonomi dan
kontrak lisan atau bertulis. Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu peneguhan
positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah ganjaran yang mendorong
individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Lazimnya, peneguhan positif
ini berbentuk ganjaran dan akan menggembirakan si penerima. Selain itu,
peneguhan negatif ini bertindak sebagai penghalang kepada tingkah laku yang
tidak diingini serta mengelakkan tindakan yang diingini berulang lagi supaya
tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Tingkah laku biasanya berulang
kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan
susulan yang tidak menyeronokkan dan menyakitkan.
Selain itu,
dendaan biasanya dilaksanakan bagi memberi pengajaran dan menghentikan sesuatu
tingkah laku yang tidak diingini. Namun begitu, terdapat impaks negatif
daripada teknik dendaan ini seperti murid yang dikenakan denda berpotensi untuk
memberontak dan membenci guru yang mengenakan denda. Teknik modifikasi tingkah
laku secara ‘reverse psychology’ pula dilaksanakan untuk memodifikasikan
tingkah laku negatif kepada positif. Di samping itu, ‘shaping’ ialah proses
pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan. Token
ekonomi juga salah satu teknik modifikasi tingkah laku yang dilaksanakan secara
bersistem untuk membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan ditukarkan
kepada peneguhan yang didiidamkan seperti merit, markah dan peratus. Teknik
modifikasi tingkah laku yang seterusnya ialah kontrak yang boleh dilaksanakan
secara lisan atau bertulis. Contohya, membuat kontrak formal dengan pengetua
dapat meyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya
melakukan kesalahan.
Pengurusan
tingkah laku dan disiplin memainkan peranan yang penting demi keharmonian dan
keamanan pihak sekolah. Masalah tingkah laku dan disiplin ini boleh disebabkan
oleh pelbagai faktor. Ianya boleh disebabkan oleh faktor rakan sebaya, faktor
keluarga, kesedaran pelajar, agama, teknologi dan perkauman. Langkah-langkah
untuk mengatasi permasalahan tingkah laku dan disiplin. Pihak sekolah juga
memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah tingkah laku dan disiplin
ini. Bimbingan kaunseling, program motivasi dan ceramah boleh dilaksanakan oleh
pihak sekolah untuk membanteras masalah tingkah laku dan disiplin. Ibu bapa
juga haruslah memberikan perhatian yang secukupnya terhadap anak anak.
Jenis-jenis salah laku devian ada empat iaitu inovasi, undur, ritual dan
menentang. Akhir sekali, pengurusan tingkah laku ini haruslah diberi perhatian
kerana pelbagai kesan buruk akan terjadi jika sekiranya tiada pengawasan
tingkah laku dan disiplin.
Khalim Zainal.
(2014). Pengurusan disiplin murid. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Mohamad Shakel Hamid.
(2017, Julai 12). Tangani masalah disiplin secara bersepadu.
Utusan. Diperoleh
daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tangani-masalah-disiplin-secara-berse padu-1.501603
Muhammad Faizal A. Ghani. Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu &
Kenayatullah. (2017). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan
luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1), 7-
24. Diperoleh daripada http://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282
Comments
Post a Comment