Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21
Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21
Peta Minda
Rujukan
Pembelajaran abad ke 21 ialah kaedah pembelajaran
yang digunakan oleh guru di dalam PdP berpusatkan murid serta
menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri
murid. Pembelajaran ini juga bertunjuangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang merupakan penanda aras keberkesanan
pendidikan di Malaysia. Pembelajaran abad ke 21 juga merupakan
satu bentuk pembelajaran yang memerlukan isi kandungan sambil menghasilkan,
mensintesis (penyatuan atau pengabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai
matapelajaran dan sumber-sumber yang luas dengan memahami dan menghormati
budaya yang berbeza. Sejajar dengan peredaran masa, kaedah pembelajaran ini
juga menggunakan teknologi ICT dalam menjalankan proses PdP kerana kecanggihan
teknologi kini memudahkan informasi diberi kepada pelajar. Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu
mengajar yang bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Guru yang kreatif
dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah cara ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran.
Melalui pembelajaran abad ke 21 ini
pelajar dititikberatkan dengan empat
ciri penting atau dikenali sebagai 4C iaitu komunicasi (communication),
kreativiti (creativity), kolaborasi (collaboration) dan pemikiran kritis
(critical thinking). Antara kemahiran
yang perlu dikuasai dalam pembelajaran abad ke 21 seperti kemahiran
pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi dan juga
kemahiran hidup dan kerjaya.
Antara elemen yang terkandung di
dalam pembelajaran abad ke 21 ini seperti kreativiti dan inovasi, fleksibiliti dan mempunyai keupayaan
menyesuaikan diri, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, berinisiatif dan
mempunyai haluan diri, komunikasi dan kolaborasi, kemahiran sosial dan antara
budaya, literasi maklumat, produktiviti dan akautabiliti, literasi teknologi,
maklumat dan komunikasi, dan juga kepimpinan dan tanggungjawab.
Kaedah pembelajran ini juga mempersiapkan setiap pelajar dengan jasmani, emosi,
rohani dan intelek yang seimbang dan cemerlang.
Daripada penerapan kaedah pembelajaran abad ke 21 ini, pelajar
diharapkan dapat menjadi seorang yang berupaya
membuat hubungkait, bijak menyoal, yakin
berkomunikasi, dahagakan ilmu, berani mengambil risiko, ingin tahu, menjana
idea, fkesibel, tidak berputus asa, mendengar dan membuat refleksi,
berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani mencuba, mampu
berfikir sendiri, berinisiatif', mampu bekerja dengan orang, membuat perubahan,
berintegriti dan akhir sekali mampu bekerja dengan orang.
Kesimpulannya,
pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan
teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Kaedah
pembelajaran ini membuktikan bahawa pendidikan di Malaysia kini menuju ke arah
kemajuan dan lebih moden.
Rujukan
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad
Zohir Ahmad. (2017). Model Bersepadu Penerapan
Kemahiran Abad
ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( Integrated Model of Infusing
21st
Century Skills in Teaching and Learning ). Jurnal
Pendidikan Malaysia, 42(1), 1-11.
Diperoleh
daripada
http://ejournal.ukm.my/jpend/article/viewFile/19590/6193
Saadiah Ismail & Seri Nur Nadia Koris.
(2018, April 8). Pembelajaran Abad Ke-21 Mudahkan
Pelajar,Guru. Berita
Harian, 52. Diperoleh daripada
artikel-https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/409028/pembelajaran-abad-ke-21-mudahkan-pelajar-guru
Mohit Chakrabarti. (2005). Education in the 21st Century.
Delhi. Kalpaz Publications.
Terima kasih! Info yang bagus. ;D
ReplyDelete