Tajuk 5: Pengurusan Bilik Darjah
Tajuk 5: Pengurusan Bilik Darjah
Rujukan
Rumusan Bab 5 (Pengurusan
Bilik Darjah)
Pengurusan
bilik darjah adalah
merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Bilik
darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan
merupakan tempat paling penting yang perlu ada pada mana-mana sekolah. Selain
itu, pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru
mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dapat dijalankan. Manakala, tugas mengurus bilik darjah adalah aktiviti
mengatur dari segi fizikal, kreativiti, inovatif dan dapat mewujudkan
komunikasi di kalangan pelajar dan guru.
Antara
objektif kajian diajalankan adalah untuk mengetahui iklim dan persekitaran
bilik darjah di SMK St Michael. Seterusnya adalah untuk menerangkan komunikasi
yang berlaku di dalam bilik darjah di SMK St Michael. Selain itu, tujuan kajian
dijalankan adalah untuk mengkaji pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah di SMK St Michael serta mengenalpasti pengurusan yang berkaitan
dengan disiplin murid di SMK St Michael.
Terdapat beberapa aspek dalam pengurusan bilik
darjah. Aspek pertama ialah iklim
dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal
seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.
Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan
pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran,
dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau
ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah
melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan
dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan
berbagai-bagai perabot lain dengan sempurna.
Aspek yang kedua
ialah komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan
bagi setiap guru dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan
melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat
perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang
mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan
adalah penting untuk guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Aspek yang ketiga adalah
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran dan
pengurusan adalah penting dan saling berkait. Ia melibatkan perancangan guru
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai
matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru didalam
bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran,
kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam
bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. Bagi mencapai kecekapan dalam
pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan
penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.
Aspek yang terakhir ialah, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid. Disiplin
murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu
unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada
masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru
yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah-masalah
disiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung
kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah. Disiplin juga membawa
maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Kesimpulannya,
penguasaan guru dari aspek pengurusan bilik darjah ini amat penting kerana ia
mempengaruhi diri pelajar,guru dan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru perlu
menguasai tiga faktor yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, iaitu
Ilmu, Strategi dan Kemahiran. Tiga faktor tersebut harus dikuasai oleh guru
bagi memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan terkawal. Pengurusan
bilik darjah juga berkaitan dengan aspek fizikal, mental dan murid dimana ia
mempengaruhi keinginan mereka untuk sama ada belajar di dalam kelas atau tidak.
Di samping itu guru harus mengetahui tentang segala perkara dan aktiviti yang
berlaku di dalam bilik darjah kerana ia akan membantu guru bagi membuat
penyiasatan tentang apa-apa masalah atau perkara yang berlaku.
Peta Minda
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009).
Pengurusan bilik darjah :pengajaran dan
pembelajaran. Abstrak
diperoleh daripada Perpustakaan Tuanku Bainun.
Vuyisile Mathew Ngoqo, John Wankah Foncha &
Afungmeyu Jane-Francis Abongdia
(2015).
Sustaining quality teaching and learning
to instill good discipline and academic
performance.
Camridge Scholar Publishing. 23-24.
Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan (Nota). Diperoleh daripada:
http://pendidik.com.my/majalah/item/404-pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan
Comments
Post a Comment