Tajuk 12 : Sekolah dan Persekitaran

Tajuk 12 :  Sekolah dan Persekitaran 


Sekolah merupakan satu institusi untuk menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Sekolah juga berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat social bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk mencapai objektif tersebut, sekolah juga memerlukan bantuan daripada persekitarannya supaya objektif dan matlamat sekolah  dapat dicapai dengan jayanya. Persekitaran sekolah juga merupakan perkaitan antara pendidikan dan globalisasi. Hal ini kerana, sekolah pada masa ini telah menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sekolah pada abad ke-21 kini telah diletakkan ‘smart TV’ di dalam kelas bagi tujuan pengajaran yang lebih baik. Dengan cara ini, pelajar juga akan didedahkan dengan ilmu yang berkonsepkan pendidikan globalisasi secara meluas.
Pendidikan dan globalisasi telah mendapat tempat di sekolah-sekolah Malaysia untuk kekal
maju dengan teknologi serta tidak ketinggalan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan

Sekolah dan persekitaran merupakan satu hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam mencapai matlamat dan objektif sekolah. Tujuan hubungan ini dijalinkan kerana sekolah merupakan sebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan komplek serta merupakan sebahagian daripada masyarakat. Kurikulum yang dijalankan di sekolah juga sejajar dengan keperluan masyarakat iaitu ia dapat mengekalkan nilai-nilai, norma-norma, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat. Hubungan sekolah dengan masyarakat ini sebenarnya penting untuk memudahkan sekolah menjayakan program sama ada yang melibatkan aktiviti luar ataupun tidak.  Selain itu, masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seorang pelajar. Kerjasama antara sekolah dan komuniti luar secara tidak langsung  membantu sekolah untuk mengawal pelajar dan juga membantu dalam kecemerlangan sekolah.

 Penglibatan ibu bapa di sekolah juga amat penting. Jika ibu bapa rapat dengan sekolah, mereka akan faham akan apa-apa program yang dibuat oleh sekolah adalah demi kecemerlangan anak mereka nanti dan mereka akan menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai program tersebut. Situasi seperti ini akan mampu melahirkan masyarakat madani yang akan menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar.Justeru itu, PIBG ditubuhkan sebagai satu platform untuk memudahkan guru-guru dan ibu bapa berbincang dan bertukar-tukar pendapat untuk  membantu murid-murid terutama murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan juga untuk membantu meningkatkan lagi prestasi sekolah.

            Akhir sekali, Semua pihak, tidak kira masyarakat guru, ibu bapa mahupun pelajar itu sendiri perlu bersedia dan peka dengan setiap perubahan yang berlaku di dalam pendidikan  dan berganding bahu untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara ini.

 Peta Minda 

Rujukan 
Abd Razak Zakaria & Norani Salleh. (2011). Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan

ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah (family context and its
relationship with parental involvement in their children’s education in secondary schools).
Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 35-44. Diperoleh daripada


Nasional Berita Harian. ( 2010, Julai 4). Masyarakat berhak tegur kes pelajar di luar sekolah. Berita
Harian, 11. Diperoleh daripada
http://10.16.0.236.ezpustaka2.upsi.edu.my/eget/docs/2010/19346_1289201846.pdf



Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Guru sebagai Pendorong Dalam Darjah (Edisi Kemas                     Kini). Kuala Lumpur: PTS Consultants sdn bhd.


Comments

Popular posts from this blog

UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) 是政府还是private 的呢?

UPSI (UNIVERSITI PENDIDKAN SULTAN IDRIS ) 宿舍长怎样??

Medsi 需要注意什么?Medsi 是什么? Medsi 需要准备什么?