Tajuk 3: Organisasi dan Kepimpinan

Tajuk 3: Organisasi dan Kepimpinan


Rumusan bab 3
Berdasarkan slaid pembentangan kumpulan lain yang diberi, saya dapat memahami dengan lebih lanjut tentang topik kepimpinan dan organisasi di sesebuah sekolah. Kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi, misalnya di sekolah. Organisasi merupakan suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai iaitu menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama. Bagi kepimpinan pula, ia merupakan satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Di dalam organisasi, terdapat ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya. Sebagai contoh, pengetua berperanan sebagai pemimpin di dalam sekolah. Maka, setiap guru ada peranan masing-masing. Bukan itu sahaja, kepimpinan organisasi akan menentukan tahap disiplin seseorang guru.
            Kepimpinan diwujudkan dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Terdapat tiga teori kepimpinan, iaitu teori sifat, teori tingkah laku dan teori kontigensi. Teori sifat merupakan kualiti yang dimiliki oleh seseorang untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin. Teori tingkah laku berorientasikan tugas dan berorientasikan pekerja. Akhirnya, teori kontigensi merupakan faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
Selain itu, terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu autokratik (transaksional), demokratik (transformational), laissez-faire, instruksional dan situasional. Gaya kepimpinan yang digunakan adalah penting bagi mewujudkan sesebuah sekolah yang harmoni. Jika seseorang pengetua menggunakan gaya kepimpinan yang tidak sesuai, ia akan menjejaskan hubungan antara dua pihak tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang pengetua mengamalkan gaya kepimpinan autokratik (transaksional), ia akan menjadikan suasana menjadi tegang. Hal ini demikian kerana pengetua yang mengamalkan autokratik, lebih banyak memberi arahan dan keputusan dibuat hanya oleh dirinya seorang. Walaupun begitu, pengetua dapat memastikan pelaksanaan tugas dengan sempurna.
Seterusnya, dalam sesebuah organisasi perlu ada carta organisasi. Organisasi sesebuah sekolah akan diketuai oleh pengetua dan diikuti oleh barisan-barisan pentadbir seperti guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan juga guru kaunselor. Terdapat beberapa organisasi kepimpinan sekolah iaitu pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, penolong kanan petang, guru kanan mata pelajaran dan kaunselor.
Bagi kepimpinan peringkat sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang akan menganggotainya. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 130 (2) (i) memperuntukkan semua sekolah hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Tujuan bagi pelaksanaannya adalah untuk membina persefahaman antara guru dan ibu bapa. PIBG merupakan organisasi yang berdiri sendiri (NGO). PIBG tidak menerima arahan daripada pengetua berbeza dengan jawatankuasa lain yang menerima arahan dari pengetua. Bagi pelaksanaan aktiviti PIBG, ahli jawatankuasa akan menentukannya, dan pengetua akan hadir sebagai penasihat dan untuk mewakili sekolah. Akan tetapi, PIBG tidak boleh membuat keputusan sesuka hati.  Apa sahaja keputusan yang hendak dibuat haruslah berbincang dengan nasihat pengetua sekolah.
Bagi kepimpinan guru, ia merupakan guru sebagai pemimpin tidak kira di dalam atau di luar bilik darjah, yang akan mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin, meningkatkan amalan Pendidikan dan menerima tanggungjawab sebagai pemimpin untuk mencapai kejayaan. Pada masa ini, Pembelajaran Abad Ke 21(PAK-21) telah ditekankan dengan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh bekas Menteri Pendidikan, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau juga menyatakan pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 yang merupakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang terbaru (2013-2025). Ciri-ciri pembelajaran bagi PAK-21 perlu dilaksanakan di setiap sekolah adalah berteraskan kepada konsep 4K 1N, iaitu kritis, komunikasi, kreativiti, kolaboratif serta nilai dan etika. Peranan guru di sekolah ialah sebagai pemudah cara. Guru seharusnya memberi ransangan, murid yang mencari dan berbincang.
Walaubagaimanapun, terdapat juga isu dan cabaran dalam sesebuah organisasi. Antara isu yang sering berlaku adalah berkaitan dengan sumber manusia, iaitu tidak semua keputusan dipersetujui oleh orang bawahan. Hal ini demikian kerana tidak semua manusia yang mempunyai ciri dan pemikiran yang sama. Sesetengah orang suka akan membuat kerja, ada yang tidak suka padanya. Cabaran seterusnya adalah dari segi pencapaian hasil. Sebagai contoh, sesetengah pelajar mempuyai latar belakang yang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bukan itu sahaja, PIBG turut tidak dapat mengumpul kewangan yang lengkap kerana hanya 60% daripada pelajar akan membayar yuran PIBG. Cabaran ketiga merupakan segi kepimpinan pelajar. Organisasi kepimpinan pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu ahlinya adalah daripada ketua-ketua organisasi kepimpinan pelajar yang lain seperti ketua kelas, pengawas dan sebagainya. Sesetengah pelajar yang merupakan ahli MPP berfikiran hanya semata-mata seronok berpesatuan sehingga mereka telah mengabaikan akademik mereka. Mereka juga akan berasa lebih hebat daripada guru sehingga dapat menjejaskan kepimpinan guru.
Kesimpulannya, setiap guru mahupun bakal guru haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi bagi menangani pelbagai isu dan cabaran ini. Setiap guru haruslah mempunyai tanggungjawab yang baik dan berkesan dalam setiap tindakan yang dilakukan supaya dapat melahirkan generasi muda yang berketerampilan, berwibawa dan mempunyai nilai etika moral yang tinggi demi mencapai Wawasan 2020. 
  

 Peta Minda



 Rujukan 
Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd


Baharin, B., Adnan, M.H., Mohd Zin, M.H., Kamaludin, M.N.&Mansor,N.H. (2016). Gaya kepimpinan guru besar dan tahap efikasi guru di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah guamusang, kelantan. Journal of Personalized Learning, 2(1):9-17.

Zakaria Othman. (2016). Kepimpinan instruksional guru besar di sekolah kurang murid. (Disertasi kedoktoran). Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/6763/1/ZAKARIA_BIN_OTHMAN_(_IPS).pdf


Comments

Popular posts from this blog

UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) 是政府还是private 的呢?

UPSI (UNIVERSITI PENDIDKAN SULTAN IDRIS ) 宿舍长怎样??

Medsi 需要注意什么?Medsi 是什么? Medsi 需要准备什么?