Tajuk 7 : Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran
Tajuk 7 : Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran
Strategi pengurusan bilik pembelajaran pula
merupakan satu proses atau kaedah yang memerlukan guru dan pelajar bekerjasama mengurus
bilik pembelajaran dan bilik pembelajaran agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan serta memastikan keadaan- keadaan bilik pembelajaran dapat membawa ke
pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Strategi pengurusan bilik
pembelajaran terbahagi kepada 3 unsur penting iaitu unsur fizikal bilik
pembelajaran, interaksi dalam bilik pembelajaran dan mengurus iklim
pembelajaran yang positif.
Dalam unsur fizikal bilik pembelajaran terbahagi kepada 3
iaitu cara penyusunan bilik pembelajaran yang meliputi susunan meja, kerusi dan
guru, pengurusan rutin bilik pembelajaran dan penyimpanan rekod. Dalam
peyusunan bilik pembelajaran ialah berasaskan pembelajaran abad ke 21( PAK-21).
Sebagai contohnya, susunan meja adalah
berkumpulan dan terdiri darupada empat hingga lima orang pelajar satu kumpulan
dan kumpulan yng sama terdiri daripada kumpulan pelajar yang cemerlang dan
lemah untuk bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk melaksanakan
rangkaian kolaborasi sesama pelajar ketika berada di dalam kelas. Selain itu,
dengan susunan meja PAK-21, golongan pelajar yang lebih pintar di dalam kumpulan
tersebut dapat membantu pelajar yang lemah dan pelajar dapat meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT).
Dalam sistem
penyimpan rekod pula buku rekod khas seperti buku rekod maklumat kemasukan
pelajar dan guru ke dalam bilik pembelajaran dan buku rekod kawalan kelas akan
disediakan di bilik-bilik pembelajaran di sekolah. Dalam pengurusan rutin bilik
pembelajaran pula terdapat empat rutin bilik pembelajaran yang dilaksanakan
iaitu rutin kelas, rutin pentadbiran, rutin pembelajaran dan rutin interaksi.
Dalam unsur interaksi dalam bilik pembelajaran, terdapat
beberapa jenis interaksi yang diamalkan dalam bilik pembelajaran iaitu
interaksi dua hala antara guru dan pelajar, interaksi dua hala antara pelajar
dengan pelajar dan juga interaksi pelbagai hala guru dan pelajar. Interaksi dua
hala antara guru dengan pelajar ialah guru menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan pelajar dan bukannyan berpusatkan atau berpaksikan
guru semata-mata. Manakala interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar
ialah komunikasi dalam kalangan pelajar ketika proses pembelajaran berlangsung.
Kepada interaksi pelbagai hala guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
pula ialah komunikasi pelbagai hala dalam kalangan pelajar dan guru ketika proses
pembelajaran berlangsung.
Mengurus iklim pembelajaran positif merupakan salah satu
elemen dalam strategi pengurusan bilik pembelajaran. Mengurus iklim
pembelajaran positif ialah suasana yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Dalam mengurus iklim pembelajaran positif
terbahagi kepada tiga suasana iaitu suasana fizikal, suasuana sosial dan
suasana emosi. Dalam suasana fizikal, guru boleh menggunakkan alat bantu
mengajar dan juga keadaan sekitar bilik pembelajaran yang ceria boleh memberi
pengaruh kepada pembelajaran pelajar. Suasana emosi pula ialah emosi guru dan
para pelajar di dalam kelas menberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Sebagai
contoh, suara guru yang jelas dan kuat, unsur humor yang terdapat pada guru dan
penggunaan pujian boleh memberikan kesan yang lebih baik dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran di
sesebuah sekolah akan memberi kesan dan mempengaruhi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Dengan ini, guru dan pelajar perlu saling bekerjasama untuk
memastikan strategi pengurusan bilik pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
David Hodgson.
(2012). Personality in the classroom. UK: Crown house publishing
lrd.
Tom Hierck.
(2017). seven keys to a positive learning environment in your classroom.
United State of America: Solution Tree Press.
Abas, H.
(2012). Tahap, Amalan Dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-guru
Sekolah
Menengah Daerah Segamat(Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
Comments
Post a Comment