Tajuk 4: Pengurusan Murid
Tajuk 4: Pengurusan Murid
Peta Minda
Rujukan
Rumusan
bab 4
Berdasarkan slaid pembentangan kumpulan lain yang
diberi, ia dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran saya tentang tajuk
pengurusan murid ini. Dalam topik pengurusan murid ini, terdapat beberapa aspek
penting yang harus diketahui, iaitu termasuklah mengurus rekod murid, kesediaan
murid belajar dan yang lagi satu memotivasikan murid.
Setiap
guru perlu mengetahui akan kematangan fizikal iaitu berupaya dari segi
kognitif, afektif dan kemahiran insaniah. Hal ini demikian kerana untuk memastikan
setiap guru dapat meningkatkan keupayaan untuk menjalankan tugas di sesebuah
sekolah. Pengurusan murid di sekolah amat penting kerana pelaksanaannya di
sebuah sekolah akan mencerminkan prestasi sekolah. Pengurusan murid memainkan
peranan bagi menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan di sebuah
sekolah. Pengurusan murid di sekolah membuktikan kecekapan dan sistematiknya
seorang guru dalam menjalankan amanah menguruskan pelajarnya di sekolah.
Selain itu, setiap guru perlu
mengetahui cara-cara untuk mengurus rekod murid dengan cekap dan efisyen.
Pelaksanaan pengurusan murid amatlah penting bagi menjaga nama baik dan
prestasi sekolah. Dengan mengetahui jenis-jenis serta faktor yang mempengaruhi
kesediaan murid belajar, guru-guru dapat mengurus murid dengan baik.
Kaedah yang digunakan untuk
mengurus rekod murid di sekolah ialah dengan menggunakan sistem secara atas
talian (online), iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Sistem Sahsiah
Diri Murid (SSDM). APDM digunakan oleh guru untuk merekod latar belakang,
kehadiran, keputusan peperiksaan dan kesihatan setiap murid, manakala SSDM
bertujuan untuk menilai amalan baik dan buruk yang dilakukan oleh murid
sepanjang berada di sekolah. Sistem ini sangat penting dalam membantu pihak
sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas.
Walaubagaimanapun, terdapat juga
beberapa isu atau masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengurusan murid
di sekolah. Antara masalahnya ialah sistem rekod murid bermasalah, sukar untuk
memotivasikan pelajar dan pelajar kurang bersedia semasa waktu kelas sedang
dijalankan. Faktor yang mempengaruhi kesediaan murid di dalam kelas ialah tahap
ekonomi ibu bapa dan latar belakang murid.
Jenis kesediaan pelajar ialah
kesediaan kognitif, kesediaan psikomotor dan kesediaan afektif. Bagi kesediaan
kognitif, ia merupakan perkembangan mental dipengaruhi oleh umur seseorang
individu serta mempunyai hubungan kait dengan mental bagi memahami dan juga
berfikir. Bagi kesediaan afektif, ia merupakan tindak balas selepas menerima
pengajaran serta perlakuan pelajar
di dalam kelas menunjukkan minat pelajar terhadap pengajaran. Bagi kesediaan
psikomotor, ia merujuk kepada tindakan yang diberikan oleh pelajar. Contohnya,
menjalankan aktiviti yang menggerakkan tubuh badan pelajar.
Faktor mempengaruhi kesediaan
belajar adalah perkembangan mental, pengalaman, sikap dan minat serta kadar
pertumbuhan fizikal. Masalah disiplin yang sering dilakukan oleh murid ialah
ponteng, bergaduh dan merokok. Bagi pelajar yang mempunyai masalah disiplin,
akan dibawa ke unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling. Strategi guru
yang berkesan haruslah dijalankan dengan baik oleh para guru di dalam kelas.
Antara strategi guru untuk membantu kesediaan murid di dalam kelas ialah
menyediakan kelengkapan peralatan untuk belajar kepada murid yang bermasalah
dari segi ekonomi. Para guru di sekolah juga wajarlah menjalankan aktiviti atau
program yang dilakukan untuk membaiki emosi dan tingkah laku murid. Sebagai
contoh, menjemput penceramah luar untuk memberi kesedaran kepada murid mengenai
kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dilakukan sama ada di luar atau di dalam
sekolah, misalnya pegawai polis serta unit bomba. Selain itu, guru wajarlah
memberi motivasi kepada muridnya yang mempunyai masalah. Komponen utama dalam
motivasi adalah keperluan, dorongan dan tujuan.
Kesimpulannya, pengurusan murid
yang berkesan amat penting bagi mewujudkan sesebuah sekolah yang gemilang. Para
guru haruslah memastikan peranan dan tanggungjawab mereka dijalan dengan baik
bagi ketiga-tiga aspek dalam pengurusan murid, iaitu pengurusan rekod murid,
kesediaan murid dan juga memotivasikan murid supaya dapat meningkatkan prestasi
sesebuah sekolah. Oleh itu, semua pihak pengurusan dalam sekolah haruslah bergan
Rujukan
Ang,
J.E. (2007). Pengurusan disiplin murid. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing.
Login SSDM 2.0 Sistem
Sahsiah Diri Murid. (2017, July 02). Retrieved from https://www.pendidik2u.my/ssdm-online-kpm-.
uppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.
Aziz Abd. Syukur, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazaliza Hamzah.
(2015). Pembelajaran Dan Perkembangan
Pelajar (Edisi Kedua) Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Pengertian tentang Teori Motivasi Intrinsik dan
Motivasi … (n.d.). Retrieved from http://ahlipresentasi.com/pengertian-tentang-teori-motivasi-instrinsik-dan-motivasi-ekstrinsik/
Veloo, A., &
Muhammad, S. (2011). HUBUNGAN SIKAP, KEBIMBANGAN DAN TABIAT PEMBELAJARAN DENGAN
PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN. Journal of Educators & Education/Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, 26.
Comments
Post a Comment