Tajuk 11 : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Tajuk 11 : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Peta Minda
Pengurusan murid pelbagai upaya ini
sangat penting di dalam sesebuah sekolah kerana ia merupakan salah satu unit
pengurusan pembelajaran. Pengurusan murid ini penting kerana ia membantu
sekolah dalam menguruskan setiap murid tidak kira murid tersebut dalam pendidikan khas ataupun tidak. Sebagai
contoh kaedah pengurusan murid yang dijalankan di sekolah bagi pelajar
yang lemah dalam menguasai 3M iaitu
mengira, membaca dan menulis seperti menyediakan kelas pemulihan, perluasan
kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Keberkesanan menggunakan kaedah sebegini mungkin tidak
menyeluruh tetapi sedikit sebanyak membantu pelajar yang lemah ini dalam
pelajaran mereka. Antara kaedah lain yang digunakan di sekolah untuk
menguruskan pelajar seperti melalui pengurusan rekod dan motivasi murid.
Melalui pengurusan rekod, pihak sekolah dapat menilai kehadiran, disiplin,
penilaian dan kokurikulum setiap murid. Dari pengurusan rekod inilah, sekolah
dapat mengenalpasti murid-murid yang lemah dari segi pelajaran mereka. Fungsi
motivasi murid ini pula adalah untuk mwmbangkitkan minat murid, menarik
perhatian mereke dan juga merupakan nilai persaingan atara sesama murid.
Motivasi murid ini terbahagi kepada dua
iaitu insentif dan motif. Insentif disampaikan secara ekstrinsik atau melalui
markah, gred, atau penghargaan. Melalui cara ini, murid akan lebih bermotivasi
untuk terus memperoleh kecemerlangan. Motif pula merupakan penggerak, bertindak
atau mengarah tingkah laku.
Pengurusan murid ini
juga merupakan satu kesediaan murid belajar tidak kira dari segi fizikal,
mental dan emosi. Setiap pelajar mempunyai kemampuan dan kekurangan yang
berbeza-beza. Setiap kelompok murid yang lemah
memerlukan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berbeza bagi
memastikan kelemahan pembelajaran mereka
dapat diatasi secara berperingkat
(Berita Harian, 2009). Sebagai contoh, pelajar yang lemah menguasai 3M
selalunya mempunyai masalah hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata
agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap
pembelajaran. Jadi salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan
menggunakan alat muzik dalam proses P&P. Dengan adanya pengurusan murid
yang baik dan sistematik di sekolah secara tidak langsung dapat membantu
murid-murid yang lemah di sekolah.
pengurusan murid
pelbagai upaya ini juga salah satu cara membantu murid-murid dalam pendidikan
khas. Murid-murid dalam pendidikan khas sama ada yang mengalami kecacatan atau
kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted) perlulah diutamakan dan tidak
dipinggirkan oleh mana-mana pihak. Dengan tertubuhnya sekolah pendidikan khas,
secara tidak langsung membantu setiap murid yang kelainan upaya ini untuk
menjalani kehidupan mereka sama seperti murid-murid yang lain dan bersesuaian
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas iaitu pendidikan khas ini merupakan satu usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara. Antara
inisiatif yang telah dijalankan untuk membantu murid berpendidikan khas (pekak)
dalam pelajaran seperti pendekatan bahasa isyarat orang pekak (BIOP). BIOP menggunakan
isyarat sebenar orang pekak dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid pekak (Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 2004).
Akhir sekali, pengurusan murid ini juga dapat dijalankan
dengan sebaiknya sekiranya pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat turut
bersama-sama bekerjasama dalam menjayakannya. Peranan ibu bapa khususnya amat
penting dalam membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran kerana
kebanyakkan pelajar yang lemah dalam pelajaan ini kebanyakkannya mempunyai
masalah dari sudut pemakanan, kesihatan dan persekitaran mereka. Dengan adanya
sokongan dan dorongan yang baik daripada
ibu bapa dapat membantu sedikit sebanyak perkembangan murid-murid yang lemah
tersebut. Guru-guru juga harus menilai murid-muridnya dari segala aspek untuk
memudahkan sesi p&p dan hasilnya serta membantu dalam penyelesaian masalah
dalam kalangan murid-murid.
Rujukan
Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed. (2004). Penguasaan
bahasa melayu dalam kalangan
murid
pekak : suatu sorotan dari perspektif linguistic. Jurnal Bahasa, 4(4), 639.
Diperoleh
daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22983/2_Penguasaan_Bahasa_Melayu_dalam_Kalangan_Murid_Pekak.pdf
Khairina Yasin. (2009, November 3). Penguasaan 3M ; laksana
pelbagai kaedah P&P ikut kategori
murid. Berita Harian, 22. Diperoleh
daripada
Rao, V.K. (2002). Special
Education. New Delhi: S.B. Nangia, A.P.H
Publishing Corporation.
Comments
Post a Comment