Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21
Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21 Pembelajaran abad ke 21 ialah kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru di dalam PdP berpusatkan murid serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid. Pembelajaran ini juga bertunjuangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan di Malaysia. Pembelajaran abad ke 21 juga merupakan satu bentuk pembelajaran yang memerlukan isi kandungan sambil menghasilkan, mensintesis (penyatuan atau pengabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai matapelajaran dan sumber-sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Sejajar dengan peredaran masa, kaedah pembelajaran ini juga menggunakan teknologi ICT dalam menjalankan proses PdP kerana kecanggihan teknologi kini memudahkan informasi diberi kepada pelajar. P enggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan int...